Accessibility Toolbar
15 Julai 2023 Ketua Pengarah telah menghadiri Program Menu Sihat Perpaduan di Pusat Komuniti Kampung Sungai Kantan, Kajang, Hulu Langat, Selangor.
Program Menu Sihat Perpaduan dilaksanakan secara serentak di semua Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan melibatkan 1,781 Tabika perpaduan dengan jumlah murid seramai 36,874 orang dan 41 Taska Genius Perpaduan dengan jumlah kanak-kanak seramai 980 orang.
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk:
1. Meningkatkan pengetahuan serta kefahaman kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat mengenai kepentingan pengamalan menu sihat dalam kehidupan seharian;
2. Meningkatkan kesedaran ibu bapa dan masyarakat mengenai penyediaan menu sihat yang bernutrisi; dan
3. Mengukuhkan kesedaran dalam pengamalan gaya hidup dan budaya pemakanan sihat.
Pelbagai pengisian yang telah dilaksanakan dalam program ini bagi memastikan amalan pemakanan sihat dapat diterapkan kepada kanak-kanak seperti taklimat pemakanan sihat, kuiz piramid sihat, bento, mewarna dan puzzle menu sihat.
Program Menu Sihat ini juga melibatkan kehadiran guru, penolong guru, pendidik, pembantu pendidik, ibu bapa, Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan serta masyarakat setempat dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri.
Turut hadir sama Encik Zulkifli bin Hashim-Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPNIN, Encik Burhanuddin bin Haji Daud- Pengarah JPNIN Selangor, Encik Bahron bin Majid- Penghulu Mukim Kajang dan Puan Fairus Fajilah binti Jaafar-Wakil Pengerusi Penyelaras Tabika Perpaduan Zon Kajang.