Accessibility Toolbar
Lawatan Kerja Rasmi YB Datuk Aaron hari ini diteruskan lagi ke Muzium Sungai Lembing. Muzium ini berperanan untuk menyebarkan maklumat serta mempamerkan bukti-bukti sejarah kegemilangan perlombongan bijih timah di Sungai Lembing seiring dengan statusnya yang pernah menjadi kawasan perlombongan bawah tanah yang terbesar di dunia.
Pembinaan muzium ini adalah untuk mengimbas kembali sejarah kegemilangan perlombongan bijih timah di Sungai Lembing sekaligus menarik minat masyarakat agar terus meminati sejarah dan warisan, seterusnya memanfaatkan pengetahuan yang diperoleh untuk dikongsikan kepada generasi akan datang.
Pelbagai koleksi menarik yang terdapat di Muzium Lembing ini antaranya peralatan asal perlombongan yang pernah digunakan untuk melombong bijih timah, roda kiew dan winch dan menariknya lagi alat pemadam api yang berusia lebih 50 tahun.