Accessibility Toolbar
13 Julai 2023 - Sempena lawatan kerja rasmi YB Menteri Perpaduan Negara, YB telah melawat Projek Ekonomi KRT Negeri Pahang dan Pusat Pemprosesan Makanan Kering Jiran Wanita KRT Cenderawasih Timur.
Pemerkasaan Projek Ekonomi dan Pembangunan Pertanian Komuniti di peringkat KRT adalah antara fokus utama Kementerian bagi tahun 2023 selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12
(2021-2025) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).
Antara projek ekonomi yang dilaksanakan ialah Kebun Komuniti, Penternakan, Kraftangan, Produk Makanan dan Minuman, Perkhidmatan Katering, Pelancongan dan Rekreasi, Homestay, Produk Kesihatan, Jahitan dan Perkhidmatan.
Melihat kepada kerancakkan dan keaktifan KRT di Negeri Pahang, Kementerian Perpaduan Negara memperuntukkan sebanyak RM50,000 dan YB Menteri Perpaduan Negara telah berjanji akan turut menyumbang kepada pembangunan projek ekonomi di sini.