Accessibility Toolbar
Kursus Pengurusan dan Pentadbiran RT Daerah Temerloh 2022 ini merupakan salah satu program utama di bawah Teras Pertama Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 dan Gerak Kerja Komuniti Rukun Tetangga Tahun 2022. Kursus ini telah melibatkan seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan juga AJK KRT Daerah Temerloh dimana jumlah KRT bagi Daerah Temerloh sebanyak 54 KRT. Kursus telah dijalankan dengan jayanya dan telah dirasmikan oleh Pengarah Perpaduan Negeri Pahang, Yang Berbahagia Puan Amira Binti Abdullah. Pelbagai ilmu dan maklumat telah dikongsikan dalam kursus ini. Rata-rata peserta amat berpuas hati dengan pelaksanaan kursus ini dan berharap akan diteruskan pada masa akan datang