Accessibility Toolbar
21 Jun 2023 - Sekitar Program Belia Dan Rukun Negara : Rejuvinasi Bahasa Melayu anjuran Sekretariat Rukun Negara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (SRN UTHM) dengan kerjasama Bahagian Kesepaduan Sosial dan Integrasi Nasional (BKSIN) bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM Batu Pahat, Johor.
Objektif program ini adalah bagi meningkatkan pengamalan dan pembudayaan Rukun Negara dalam kalangan mahasiswa khususnya dalam aspek pemerkasaan Bahasa Melayu. Program ini disertai oleh ahli SRN UTHM dan ahli SRN IPT sekitar negeri Johor.
Program ini juga turut dihadiri oleh YBrs. En. Mohd Fardhi bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan dirasmikan oleh YB Tuan Ling Tian Soon, Exco Perpaduan Johor.