Accessibility Toolbar
17 Jun 2023 - Pesta Kaamatan dirayakan setiap bulan Mei bagi meraikan pesta menuai di Negeri Sabah. Pesta Kaamatan KRT Penampang telah dilaksanakan melibatkan 13 buah KRT Daerah Penampang dan 11 Buah KRT Daerah Putatan di Dewan Kg Ramayah pada 17 Julai 2023 dengan hehadiran tetamu di anggarkan lebih 800 orang.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan bermula dari jam 8.00 pagi antaranya:
1. Pertandingan Sumazau Antara KRT
2. Boling Kelapa
3. Pertandingan Kupas Pinang
4. Pertandingan masakan dan minuman tradisi
5. Pertandingan Unduk Ngadau Kanak-Kanak
6. Cabutan Bertuah
7. Persembahan Kebudayaan
8. Gerai Jualan Dan Pameran KRT
Program telah dirasmikan oleh YBhg Encik Mohd Fardhi Bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) mewakili Ketua Pengarah JPNIN.