Accessibility Toolbar
08 September 2023 : LAWATAN KERJA KE NEGERI SEMBILAN
Alhamdullilah Syukur kepada Ilahi, pada hari Jumaat penuh keberkatan hari ini, saya berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke Negeri Sembilan bagi melawat Projek Ekonomi KRT, Tabika Perpaduan dan bertemu warga kerja JPNIN Negeri Sembilan.
Saya berpeluang untuk melihat cara-cara pembuatan lilin wangi dan sabun pencuci serbaguna yang dihasilkan daripada minyak masak di KRT Desa Jati, Nilai.
Selesai di KRT Desa Jati, saya telah ke Pusat Operasi KRT dan Tabika Perpaduan Rasah Tengah A bagi meninjau premis tersebut untuk melihat ruang pejabat yang dicadangkan dijadikan Pusat Mediasi. Melihat keadaan lokasi dan keluasan ruang yang ditunjukkan, tempat ini amat sesuai untuk dijadikan "One Stop Center" bagi pelbagai aktiviti komuniti dan mengarahkan agar permohonan pembaikan dijalankan segera demi kesejahteraan komuniti.
Selesai solat Jumaat, saya meneruskan lawatan saya ke Pejabat JPNIN Negeri Sembilan yang beroperasi di Wisma Persekutuan, Seremban. Saya berkesempatan beramah mesra dengan warga kerja JPNIN Negeri Sembilan serta turut menyampaikan sijil penyertaan kepada pegawai yang terlibat dalam Kontijen Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66 Tahun 2023 Peringkat Negeri Sembilan.
Saya juga turut mengingatkan warga kerja JPNIN Negeri Sembilan agar menyambut hasrat Kementerian dalam menyebarluas kempen #cakapbaikbaik dan Ekplorasi Rukun Negara dalam usaha meningkatkan perpaduan dan keharmonian negara.
#cakapbaikbaik