Accessibility Toolbar
19 hingga 20 Ogos - Program ini dianjurkan oleh JPNIN dengan kerjasama Persatuan Wira Air (PERWIRA) iaitu NGO berdaftar yang terlibat dengan aktiviti sukan dan kemasyarakatan.
Kempen mengibarkan Jalur Gemilang di seluruh negara bersempena hari kemerdekaan adalah merupakan acara tahunan yang dilaksanakan oleh jentera perpaduan di setiap peringkat. Konvoi Perpaduan Malaysia MADANI adalah salah satu pengisian kempen kibar jalur gemilang yang dilaksanakan di seluruh negara.
Penyertaan konvoi ini melibatkan sebanyak 30 buah motor berkuasa tinggi. Antara lokasi-lokasi program ini adalah Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Aktiviti di setiap checkpoint adalah seperti Kempen Budi Bahasa #cakapbaikbaik, penyampaian Bakul Rahmah, gotong royong, penyerahan jalur gemilang & penyampaian sijil.
Menjiwai dan mempunyai rasa kesedaran mengibarkan jalur gemilang perlu ada dalam diri setiap individu bagi melambangkan jati diri dan semangat cintakan negara.