Accessibility Toolbar
20 April 2024 (11 Syawal 1445H) - KRT Pangsapuri Sungai Dua Utama dengan kerjasama JMB Pangsapuri Sungai Dua, dengan jayanya telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya dengan penuh rasa kesyukuran dan meriah.
Majlis muhibbah ini telah berjaya menarik para penduduk hadir bagi bersama-sama mengimarahkan sambutan Syawal dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.
Pelbagai juadah disediakan kepada para jemputan. Turut juga diadakan pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Tahniah kepada barisan AJKRT yang telah berjaya menganjurkan majlis ini dengan lancar dan baik.