Accessibility Toolbar
27 April 2024 - Berlangsung pada sebelah pagi bertempat di Mydin Mall, Jengka Pahang Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah meluncurkan Program Prasekolahku Sayang Peringkat Negeri Pahang Tahun 2024. Inisiatif program ini secara langsung juga akan melibatkan penglibatan Tabika Perpaduan di negeri Pahang.
Program telah dirasmikan oleh YBhg. En. Amzan Bin Abdul Malik, Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, yang turut hadir bersama Pn. Amira Abdullah Pengarah Perpaduan Negeri Pahang.
Pelbagai pengisian telah dirangka dan akan memberikan manfaat dan kepada seluruh Prasekolah termasuk Tabika Perpaduan di Negeri Pahang.