Accessibility Toolbar
31 Mac 2024 - Majlis Sumbangan Hari Raya 2024, Jam 10.00 Pagi, Bertempat Di Pusat KRT Perumahan Awam Seri Kota, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Perumahan Awam Seri Kota dengan kerjasama MAIWPKL dan Kelab Warga Emas Seri Kota telah menganjurkan Majlis Sumbangan Hari Raya 2024 kepada anak anak yatim, asnaf, ibu tunggal dan warga emas yang berbentuk sumbangan barang keperluan dan wang tunai bagi membantu meringankan beban kepada mereka yang memerlukan. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Seksyen Rukun Tetangga dan Keselamatan JPNIN WPKL dan turut hadir Pegawai Penyelia JPNIN WPKL Parlimen Bandar Tun Razak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.