Accessibility Toolbar
9 Julai 2024 - Literasi kewangan amatlah perlu dan penting dalam usaha pencegahan sindiket penipuan pelaburan secara dalam talian di media sosial.
Sebagai pendedahan mengenai perkara ini, Program Komuniti KRT Celik Kewangan telah diadakan dengan kerjasama JPNIN WP Putrajaya dan Pepper Labs Sdn. Bhd. pada hari Selasa, 9 Julai 2024, di Bilik Mesyuarat JPNIN Aras 8, Blok E2 Kompleks E.
Semoga usaha ini akan meningkatkan lagi kesedaran berkenaan penipuan pelaburan secara dalam talian dan bersama-sama elakkan daripada menjadi mangsa penipuan sebegini.