Accessibility Toolbar
22 Jun 2024 - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg. Bukit Kecil Juru, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang telah menerima kunjungan Lawatan Integrasi Komuniti dari KRT Tambak Paya, Daerah Melaka Tengah.
Program integrasi ini dapat mewujudkan hubungan silaturahim dengan Ahli jawatankuasa KRT dari negeri lain. Selain itu, ia juga dapat memberi pendedahan dan perkongsian ilmu bagi menguruskan pentadbiran serta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, sekaligus mengeratkan ikatan perpaduan di kalangan ahli jawatankuasa KRT.
Seramai 40 orang peserta menyertai lawatan ini yang melibatkan AJK KRT, Jiran Usia Emas, Jiran Wanita dan lain-lain.
Mereka juga turut dihidangkan dengan makanan yang hanya terdapat di Komuniti Kuala Juru iaitu 'siput kapih' yang di goreng dengan kunyit.
Majlis ini dirasmikan oleh En. Mohd Reezal bin Abd. Rashid, Pegawai Perpaduan Daerah Seberang Perai Tengah dan turut hadir bersama Pegawai Penyelia KRT Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Seberang Perai Tengah.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada KRT Tambak Paya di atas kesudian melawat KRT Kg. Bukit Kecil Juru, Pulau Pinang.