Accessibility Toolbar
2 Mei 2024 - Berlangsung pertemuan serampang dua mata antara Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti IPK Negeri Pahang, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Pahang bersama-sama YB Leong Yu Man (EXCO Perpaduan, Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Pahang).
YBhg. Dato' Mohammad Nor selaku Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti IPK Pahang bersama-sama anggota Bahagian Kepolisan Komuniti dan Bahagian Operasi Darat (Rondaan : Unit Mobile Patrol Vehicle / Unit Rondaan Bermotosikal & Unit Polis Pelancong) membincangkan hal-hal berkaitan keselamatan komuniti dan inisiatif program yang dapat direncanakan bersama. YBrs. Pn. Amira Abdullah (Pengarah Perpaduan Pahang) turut sama hadir dan menyatakan sokongan program-program keselamatan komuniti terutamanya yang melibatkan kebersamaan Skim Rondaan Sukarela (SRS).
Kolabborasi yang melibatkan kerajaan negeri dan pasukan keselamatan polis sebagai salah satu usaha meningkatkan keselamatan komuniti dan juga ketenteraman awam. Jalinan usahasama ini adalah penting dalam memantapkan peranan setiap lapisan komuniti dalam hal berkaitan keselamatan komuniti.