29 Januari 2024 - Program Pintar Kreatif Tabika Perpaduan Dan Hari Konvokesyen Tabika Perpaduan Bahagian Bintulu Sesi 2023/2024 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Steven Kong Kai Seng, Pegawai Khas Kepada Ahli Parlimen Bintulu, Mewakili Yang Berhormat Dato' Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya merangkap Ahli Parlimen P.217 Bintulu, Sarawak.
Pengisian Program adalah seperti berikut:
- Simbolik Pembukaan Pertandingan Pintar Kreatif - Maskot Lebah
- Pertandingan Program Pintar Kreatif Tabika Perpaduan Bahagian Bintulu(Kategori: Tarian, Nyanyian, Bercerita & Bicara Berirama)
- Persembahan Pembukaan Sempena Acara Rasmi Program Pintar Kreatif Dan Konvokesyen Daripada Kanak-KanakTabika Perpaduan Bahagian Bintulu
- Nyanyian Lagu Negaraku & Ibu Pertiwiku
- Bacaan Ikrar Rukun Negara diketuai oleh Kanak-Kanak Tabika
- Bacaan Doa, Ucapan Aluan Dan Ucapan Perasmian Sempena Program Pintar Kreatif Dan Konvokesyen
- Penyampaian Hadiah Pertandingan Pintar Kreatif
- Penyampaian Sijil Dan Hadiah Anugerah Cemerlang Kepada Anak-Anak Tabika
- Pembukaan Booth (Ruang Bergambar untuk Konvo)
- Kempen Cakap Baik-Baik
×