Accessibility Toolbar
15 Mei 2024 - Jabatan Kesihatan Negeri Perak di bawah Cawangan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, telah menganjurkan Konvensyen KOSPEN Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 dengan mengadakan Pertandingan Persembahan Oral dan Poster. Konvensyen ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Symphony Suites Hotel, Ipoh.
Majlis Perasmian Penutupan telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Feisul Idzwan bin Mustapa, Pengarah Kesihatan Negeri Perak. Turut hadir bersama Encik Mohamed Zaizulman bin Zainal Abidin, Timbalan Pengarah JPNIN Perak.
Keputusan Konvensyen KOSPEN Peringkat Negeri Perak adalah seperti berikut :
Pertandingan Persembahan Oral
Johan : KRT Seri Manjung VII (Fasa 1D1, 1D2, 1D3), Manjung
Naib Johan : KRT Pekan Parit Buntar, Kerian
Tempat Ketiga : KRT Taman Chemor Idaman, Kinta
Pertandingan Persembahan Poster
Johan : KRT Taman Serai Jaya, Kerian
Naib Johan : KRT Taman Intan Mas, Hilir Perak
Tempat ketiga : KRT Seri Muhibbah, Hulu Perak
Tahniah dan syabas kepada semua pemenang yang telah berjaya memperoleh kejayaan dalam konvensyen kali ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada lokaliti KOSPEN yang turut serta terlibat dalam Persembahan Oral dan Poster bagi konvensyen ini iaitu :