Accessibility Toolbar
27 April 2024 - Berkebun sebagai aktiviti riadah bagi mengeratkan hubungan kejiranan dan jalinan kerjasama. Inilah yang diamalkan di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan K Presint 11, Putrajaya, sejak bertahun-tahun yang lalu.
Pada pagi ini pula, aktiviti bergotong-royong di Kebun Komuniti Jalan K melibatkan jawatankuasa Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 4 Putrajaya dan pelajar-pelajar Universiti Malaya.
Tuan Sukri bin Omar, Pengarah Perpaduan Negeri JPNIN WP Putrajaya dan pegawai penyelaras KRT Zon 2 turut bersama-sama KRT Jalan K, Jabatan Pertanian Putrajaya dan Pejabat Kesihatan Putrajaya dalam usaha mengukuhkan agenda perpaduan melalui aktiviti pertanian dan kesihatan yang dilaksanakan ini.
Syabas dan terima kasih semua!