Accessibility Toolbar
25 April 2024 - Pada hari ini, YBhg. Dato' Hj. Che Roslan bin Che Daud, Ketua Pengarah JPNIN telah hadir ke Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional yang melibatkan kanak-kanak dan ibu bapa Tabika Perpaduan serta Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan K Presint 11 Putrajaya.
Ketibaan YBhg. Dato' Ketua Pengarah telah disambut oleh Tuan Sukri bin Omar, Pengarah Perpaduan Negeri JPNIN WP Putrajaya, Puan Fairojibanu binti Zainal Abidin, Pengarah Bahagian Kesepaduan Sosial Dan Integrasi Nasional JPNIN serta YM Raja Adi Falarny bin Raja Samsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan Jalan K dan Encik Mohamad Mokhaizal bin Mohd Mokhtar, Pengerusi KRT Jalan K Presint 11.
Di dalam ucapan YBhg. Dato' Ketua Pengarah turut menyampaikan amanat kepada semua yang hadir agar bersama-sama bergerak aktif dalam usaha meningkatkan dan mengukuhkan peranan KRT Progresif sebagai tonggak komuniti.
Sebelum mengadakan lawatan ke dalam kelas Tabika Perpaduan Jalan K, YBhg. Dato' Ketua Pengarah telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak Tabika Perpaduan ini.