Accessibility Toolbar
18 April 2024 (9 Syawal 1445H) - Tabika Perpaduan Taman Puyu Daerah Seberang Perai Utara( SPU) telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri bersama-sama kanak-kanak dan ibu bapa bertempat di Tabika tersebut. Majlis telah berjalan dgn lancar dan mendapat sambutan yang baik dari ibu bapa dan tetamu yang hadir.
Pelbagai juadah disediakan secara 'potluck' oleh pihak tabika sendiri dan para ibu bapa. Ada yang telah menyumbang juadah tambahan yang lain bagi memeriahkan lagi majlis. Turut hadir dalam Majlis berkenaan ialah Puan Haslinda binti Che Murad, Penolong Pegawai Perpaduan selaku penyelia tabika ini dan Encik Balu, selaku Pengerusi KRT Tamn Puyu.
Tahniah dan syabas kepada yang terlibat dalam pelaksanaan aktiviti ini. Semoga ukhwah dapat dieratkan lagi antara guru-guru dan ibu bapa dengan penganjuran program seperti ini.