Accessibility Toolbar
PROGRAM MEMBUAT BISKUT RAYA 'COCO CRUNCH COKLAT' DI TABIKA PERPADUAN TAMAN TASEK JAYA 1 DAERAH KINTA, IPOH PERAK5 April 2024 - Tabika Perpaduan Taman Tasek Jaya 1 telah menjalankan Aktiviti Membuat Biskut Raya dengan memberi pendedahan tentang cara-cara membuat biskut raya menggunakan bahan-bahan yang diberikan.
Kanak-kanak juga diberi peluang memasukan sendiri biskut ke dalam bekas yang diberikan sambil mendengar lagu raya bagi membangkitkan perasaan semangat hari raya.
Kanak-kanak juga diajar bersalam sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.