Accessibility Toolbar
29 Mac 2024 - Alhamdulillah, telah selesai dengan jayanya, program Kembara Sahur Perpaduan SRS Bersama PDRM Negeri Perlis, Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memperkasa dan memperkukuhkan peranan KRT dan SRS secara berterusan dalam membantu usaha Kerajaan melestarikan kesejahteraan dan pemantapan keselamatan dalam komuniti.
Kembara ini melibatkan 60 buah konvoi motosikal dari kalangan anggota SRS seluruh Negeri Perlis. Kembara ini juga telah melalui sebanyak sembilan (9) checkpoint bermula di Bangunan Tun Hj Abdul Razak, Kangar kemudian menuju ke SRS Taman Guru Jaya, SRS Balai Baru, Balai Polis Mata Ayer, SRS RPA Mata Ayer 2, seterusnya ke SRS Taman Sri Wang Fasa 3, Ibu Pejabat Polis Daerah Arau, SRS Taman Repoh/ Taman Repoh Indah, Ibu Pejabat Polis Daerah kangar dan berakhir di SRS Taman Kemajuan. Dengan sambutan yang sangat baik dari 96 SRS Negeri Perlis , anggaran keseluruhan penyertaan di semua checkpoint adalah sebanyak 700 orang penglibatan. Kembara ini berakhir jam 5.00 pagi.
Perasmian dan pelepasan telah disempurnakan oleh YDH. DCP Dato’ Muhammad bin Abdul Halim (Ketua Polis Perlis). Turut bersama dalam kembara ini,
YBhg. Puan Hanita binti Ahmad, BKM (Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis), YBhg. Tuan Arif Helmi bin Junid (Pengarah
Majlis Keselamatan Negara Negeri Perlis) Dan YBhg. Puan Norazah binti Jaapar (Pengarah Kementerian perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Perlis).
Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Kembara Sahur Perpaduan SRS Bersama PDRM Negeri Perlis. Terima kasih juga diucapkan kepada YDH. DCP Dato’ Ketua Polis Perlis, Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Perlis dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Perlis kerana turut sertai kembara ini dari awal hingga akhir serta turut menyediakan sumbangan Bakul RAHMAH kepada sembilan (9) checkpoint.
________________________________________
Jom ikuti media sosial Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis untuk dapatkan maklumat-maklumat terkini berkaitan aktiviti/program anjuran JPNIN Negeri Perlis di :
FB - Perpaduanperlis
IG - jpnin.perlis
TIKTOK- perpaduanperlis