Accessibility Toolbar
10.1.2023 - Sesi kunjung hormat daripada wakil Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur Dan Selangor ke JPNIN pada hari ini adalah bertujuan membincangkan pelaksanaan program Anugerah MyHero 4.0.
Wakil KLSCCCI iaitu Datuk Wira Richard Lau Chi Chiang telah membentangkan cadangan pelaksanaan Program Anugerah MyHero 4.0 kepada YBhg. Dato' Hajah Norison binti Ramli, Ketua Pengarah, Puan Fairojibanu Zainal Abidin, Pengarah Bahagian Kesepaduan Sosial dan Integrasi Nasional dan pegawai-pegawai JPNIN.