Accessibility Toolbar
06.01.2023 - Hari Jumaat bersamaan 13 Jamadilakhir 1444H pelaksanaan bagi pembukaan Tahun 2023 telah diadakan Majlis Bacaan Yasin, Surah Al-Kahfi, Doa Selamat dan Santapan Rohani.
Program yang diadakan pada setiap bulan ini kesinambungan di tahun lepas dapat dijalankan secara dalam talian sekali lagi di tahun ini 2023 bagi warga JPNIN Selangor di peringkat negeri dan daerah bersama Jentera Perpaduan.
Pembukaan pelaksanaan Bil 1/2023, Tuan Pengarah, YBrs Tuan Burhanuddin bin Haji Daud berlintas langsung dari Pejabat JPNIN Daearh Petaling dan beliau memimpin bacaan Yaasin.
Bacaan Surah Al-Kahfi dipimpin oleh Encik Ahmad Shaiful bin Mohamad, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Petaling dan terjemaah oleh Encik Asmar bin Ramli, Pembantu Tadbir (P/O) JPNIN Daerah Petaling.
Seterusnya, Santapan Rohani bertajuk "Mengurus Emosi dan Stress" dikongsikan oleh Encik Helmy Mohamad Yahya, Penolong Pengarah Unit Pengurusan Perpaduan dan Korporat JPNIN Negeri Selangor yang juga merupakan pegawai AKRAB bagi Negeri Selangor yang ditauliahkan oleh Kementerian Perpaduan Negara.