Accessibility Toolbar
08.01.2023 - Program Sukan Rakyat KRT Kg. Tasek merupakan aktiviti terakhir yang dianjurkan oleh KRT Kg. Tasek pada tahun 2022. Majoriti yang menyertai aktiviti ini adalah daripada masyarakat siam yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Program ini diadakan untuk mengisi masa lapang bersama komuniti dengan aktiviti yang bermanfaat dan memberi keseronokan kepada komuniti melalui acara sukaneka yang dipertandingkan.
Sebanyak 6 acara sukaneka seperti bowling padang menggunakan buah kelapa, menganyam ketupat, kukur kelapa, pancing botol, memasukkan benang ke dalam lubang jarum dan meniup bedak. Selain disediakan hadiah kepada pemenang, turut juga disediakan hadiah cabutan nombor bertuah.
Program ini dirasmikan oleh Puan Rozita binti Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Perak pada sesi penutup.