Accessibility Toolbar
06.01.2023 - Hasrat murni KRT Taman Seri Cheras Jaya bersama jentera Skuad Uniti dalam membantu mangsa banjir di Terengganu harus dipuji. Mereka mengorbankan waktu hujung minggu bersama keluarga bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Program yang dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hajah Norison, Ketua Pengarah JPNIN di Pejabat Perpaduan Daerah Hulu Langat ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Burhanuddin, Pengarah JPNIN Selangor, YBrs. Puan Safidah Abu Samah, Pengarah Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Kejiranan, para serta jentera Skuad Uniti yang akan bergerak ke Terengganu pada malam ini menaiki bas.
Misi selama 3 hari dan 2 malam ini turut menyampaikan bantuan RT Cares kepada 70 keluarga yang terjejas banjir, bantuan peralatan persekolahan kepada 174 murid terjejas banjir dan beberapa aktiviti kesukarelawan dengan kerjasama wakil rakyat tempatan.
Pihak JPNIN juga turut bersyukur dan berterima kasih kepada 10 penyumbang yang terdiri daripada individu dan syarikat yang membantu menjayakan gerak kerja pasca banjir ini.
YBhg. Dato' Ketua Pengarah turut melakukan flag off bas yang membawa seramai 35 orang peserta termasuk pegawai dari Pejabat Perpaduan Hulu Langat.