Accessibility Toolbar
01.01.2023 - Gombak Selangor - Sempena awal tahun 2023 pertandingan memancing bersama keluarga anjuran KRT Pangsapuri Selayang Mulia telah diadakan pada 1 Januari 2023 bertempat di Kolam Memancing Ayen Taman Tun Teja Rawang. Pertandingan ini telah diadakan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 3 petang.
Pertandingan ini telah disertai oleh 70 warga KRT Pangsapuri Selayang Mulia yang melibatkan semua kejiranan dan komuniti setempat. Selain itu, semua KRT warga Dun Templer juga telah mengambil bahagian dalam pertandingan memancing ini.
Antara kategori pertandingan jenis ikan yang dipertandingkan adalah daripada kategori ikan patin,ikan lampam dan ikan tilapia. Para peserta seronok melibatkan diri mereka dlam pertandingan kerana aktiviti ini lebih santai dan memberi peluang untuk beriadah bersama keluarga. Mereka dapat menghayati cuti umum tahun baru 2023 bersama keluarga tersayang dan komuniti setempat. Mereka juga dapat mengeratkan silaturahim dan kerjasama di antara komuniti sebagai langkah awalan dalam memulakan tahun baru ini dengan semangat kemasyarakatan.
Program ini juga dihadiri oleh Encik Samsir bin Fadly wakil dari Pejabat Perpaduan Daerah Gombak. Alhamdulillah program meriah dan berjalan dengan lancar. Jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan telah diberikan kepada semua AJK KRT Pangsapuri Selayang Mulia dan warga KRT Templer di atas komitmen mereka dalam menjayakan program ini.
Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang hadir