Accessibility Toolbar
05.01.2023 - KRT Kg Baharu, Pinang Tunggal, Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang - YBrs. Tuan Rohai Zahar Bin Nedi, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pulau Pinang telah mengadakan lawatan kerja ke projek Kebuniti KRT Kg Baharu, Pinang Tunggal Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Projek Kebuniti KRT Kg Baharu Pinang Tunggal ini diusahakan sendiri oleh salah seorang AJKRT tersebut di ruang laman rumahnya.
Antara tanaman yang ditanam adalah Strawberi, Sawi, Halia, Cili, Daun kucai dan lain-lain lagi.
Hasil tanaman projek ini dapat membantu menjana ekonomi AJKRT dan dikongsikan bersama.
Turut hadir dalam lawatan kerja ini Encik Wan Mohd Saiful Sobry Bin Wan Ismail Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pulau Pinang dan Puan Suzaini binti Jusoh selaku Pegawai Perpaduan Daerah Seberang Perai Utara serta para pegawai-pegawai Perpaduan.