Accessibility Toolbar
26.12.2023 - Sabak Bernam, Selanor - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Padu Permai, Daerah Sabak Bernam telah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan persekitaran Masjid Taman Padu Permai dan menanam pokok buah-buahan pada 26 Disember 2022, Isnin. Program bermula pada jam 8.00 pagi.
Seramai 26 orang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Masjid dan Ahli Jawatankuasa KRT terlibat dalam program ini.
Program bertujuan menebang pokok-pokok yang tidak mendatangkan hasil dan daun-daun yang berguguran. Pokok-pokok ini diganti dengan pokok buah-buahan. Peserta program telah membawa alatan sendiri untuk kerja-kerja tersebut. Program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara AJK KRT dan AJK Masjid.
Program berjalan lancar dengan kerjasama semua yang terlibat. Program tamat pada jam 12.00 tengahari.