Accessibility Toolbar
30.12.2023 - KRT Sungai Tiang Baruh, Daerah Bagan Datuk, Perak - Program berkhatan beramai-ramai setiap kali musim cuti persekolahan menjadi salah satu platform dalam mengeratkan silaturahim antara komuniti setempat. Program telah diadakan bertempat di Dewan Orang Ramai Sungai Tiang Baruh.
Program berkhatan secara beramai-ramai disertai seramai 31 orang kanak-kanak lelaki yang diraikan. Program ini mendapat sokongan masyarakat menerusi pembabitan komuniti dan ahli keluarga.
Kita dapat lihat sokongan ibu bapa dan bagaimana mereka mengendalikan emosi anak-anak yang ketakutan. Justeru, aktiviti seumpama ini wajar diteruskan pada setiap cuti sekolah bagi memudahkan anak-anak setempat.
Program ini amat sesuai diadakan secara beramai-ramai, sekali gus mengurangkan ketakutan dan rasa gemuruh kanak-kanak yang bakal menginjak ke alam dewasa. Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Shahrul Zaman Bin Dato’ Yahya ADUN Rungkup. Turut Hadir bersama YBhg. Datin Hilmiah Binti AB Hamid isteri kepada YB Dato’ Shahrul Zaman, Pn. Raja Noor Safeera Binti Raja Ibrahim, Pegawai Perpaduan Daerah Bagan Datuk, En. Muhammad Syahmi Bin Sazali, Pegawai Perpaduan Daerah Hilir Perak, En. Nazri bin Yatim, Pengerusi KRT Sg. Tiang Baruh dan Tn. Hj Abdul Rasid Bin Hasan Pengerusi Penyelaras Program Berkhatan Beramai-Ramai Krt Sg. Tiang Baruh.
Program ini juga mampu mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara ibu bapa dan ahli rukun tetangga dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak.