Accessibility Toolbar
04.12.2022 - KRT Taman Seri Iskandar Seksyen 5, 6, 7 & 8, Daerah Perak Tengah, Perak - Kejiranan Hijau atau Kebuniti merupakan salah satu agenda Gerak Kerja RT Bersih. Program ini adalah kerjasama antara Pejabat Pertanian Daerah Perak Tengah dengan KRT Taman Seri Iskandar Seksyen 5, 6, 7 & 8 telah membuahkan hasil tuaian sebanyak 35 kilogram yang terdiri daripada tanaman sayur kailan, sawi dan pak choi.
Hasil tuaian dijual kepada komuniti setempat dan ianya secara tidak langsung dapat dijadikan sumber kewangan KRT. Sayur-sayuran ini telah ditanam tanpa penggunaan semburan racun serangga.
Selain itu, gotong-royong mengecat dan pembersihan kawasan di sekitar kabin dilaksanakan. Jawatankuasa juga telah mengadakan gotong-royong memasak hasil tuaian tanaman yang telah ditanam.