Accessibility Toolbar
17.12.2022 - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Kebun Komuniti KRT Sri Sedeli yang merupakan salah satu daripada 113 Kebun Komuniti KRT yang dilaksanakan di seluruh negara.
YB Datuk Aaron dan delegasi diberikan penerangan oleh Encik Tukimin bin Hj Sarlan, Pengerusi KRT Sri Sedeli, Klang mengenai projek yang diusahakan oleh komuniti KRT.
Kebun Komuniti KRT Sri Sedeli telah dinobatkan sebagai Naib Johan bagi kategori Komuniti Perumahan Bertanah Anugerah Kejiranan Hijau 2022 sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2022 yang dianjurkan oleh PLAN Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan