Accessibility Toolbar
17.12.2022 - SHAH ALAM- Bertempat di Shah Alam Buddist Society, Shah Alam YB Datuk Aaron Ago Anak Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menghadiri jemputan merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Kebangsaan Khas Persatuan Belia Buddist Malaysia (YBAM).
"YBAM memainkan peranan penting dalam usaha pembentukan masyarakat bersyukur, bertoleransi dan bekerjasama sekaligus memupuk budaya perpaduan." jelas Menteri Perpaduan Negara dalam ucapan beliau.
Mesyuarat ini bertujuan mendapatkan kesepakatan ahli-ahli bagi penukaran pendaftaran YBAM daripada Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY) di bawah Akta Pembangunan Belia 2007 kepada Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di bawah Akta Pertubuhan 1966.
YBAM mempunyai 272 ahli organisasi dan 13 ahli jawatankuasa perhubungan negeri di seluruh negara Malaysia. YBAM juga bergiat aktif dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti kebudayaan yang mampu mengeratkan perpaduan dalam komuniti.
Majlis ini turut dihadiri, YBrs. Tuan Burhanuddin bin Haji Daud, Pengarah JPNIN Negeri Selangor, Pengerusi YBAM YBrs. Yong Kuei Yoong dan Timbalan Ketua Setiausaha KPN, YBrs. Dr Kang Tong Hum.