Accessibility Toolbar
25.01.2023 - Kawasan Rukun Tetangga Kg Lembah Guar Tuan Syed, Daerah SPU dengan jayanya telah melaksanakan Program Ziarah Kasih bersama komuniti iaitu dengan menyampaikan bantuan dan wang ringgit kepada warga emas yang mengalami masalah kesihatan.
Sumbangan bantuan ini amat diperlukan oleh mereka bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung dan sebagai semangat kepada mereka dalam mengharungi liku-liku kehidupan.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Encik Abdul Rahman, Pengerusi Kg Lembah Guar Tuan Syed dibantu oleh AJK Rukun Tetangga serta jiran wanita.
Keprihatinan oleh warga KRT amatlah dititik beratkan dalam membantu masyarakat, disamping merapatkan hubungan silaturrahim dan mengukuhkan semangat perpaduan.
Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa KRT Kg Lembah Guar Tuan Syed dan semua pihak yang telah menjayakan program ini.