Accessibility Toolbar
13.01.2023 - Lawatan ke UPSI pada hari ini yang diketuai oleh YBhg. Dato' Hajah Norison binti Ramli, Ketua Pengarah JPNIN bersama pegawai-pegawai KSIN bagi membincangkan mengenai Memorandum Persefahaman Di Antara Kementerian Perpaduan Negara dan Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi Pelaksanaan Program Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021 - 2030 yang akan dimeterai dalam masa terdekat.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Dr. Marzita binti Puteh, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPSI dan turut disertai oleh YBrs. Prof. Dr. Abdul Rahim bin Razalli, Pengarah Akademik & Antarabnagsa, YBrs. PM Dr. Abdul Talib bin Mohamed Hashim, Dekan Fakulti Pembangunan Masyarakat serta pensyarah-pensyarah UPSI.