Accessibility Toolbar
06.01.2023 - Sebuah program berasaskan kebajikan yang dinamakan Program Sarapan Pagi telah dilancarkan di apartment Desa Bayan.
Selaras dengan agenda Kerja RT 4All, program ini dilancarkan dengan bertujuan untuk membantu golongan pelajar yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan sarapan pagi secara percuma.
Tambahan pula, ibu bapa yang sibuk bekerja berkemungkinan kerap kali terlepas untuk menyediakan sarapan kepada anak-anak mereka.
Sarapan merupakan perkara utama yang diperlukan oleh para pelajar sebelum ke sekolah.
Hal ini kerana, sarapan membantu para pelajar supaya kekal bertenaga dan memberikan fokus yang baik sewaktu dalam kelas sekaligus memastikan kesihatan mereka terjaga.