Accessibility Toolbar
30 Januari 2023 - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan majlis ini di KRT Ivory 1, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.
Di antara objektif program ini adalah:
1.Memperkasa dan mempelbagaikan Projek Ekonomi KRT ke arah meningkatkan kesejahteraan komuniti.
2.Membantu menjana pendapatan komuniti KRT daripada jualan minyak masak terpakai.
3.Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pengurusan minyak masak terpakai yang betul selaras dengan matlamat prmbangunan mampan.
Projek yang melibatkan kerjasama JPNIN, KPN dan BioLestari ini dilaksanakan secara rintis melibatkan 94 KRT di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Projek rintis ini akan dilaksanakan selama tiga (3) bulan. Pemantauan serta penilaian akan dilakukan dari semasa ke semasa sebelum pihak Kementerian dan BioLestari memperluaskan projek ini kepada KRT-KRT yang lain di seluruh negara.