Accessibility Toolbar
30.01.2023 - YB Menteri Perpaduan Negara telah menyantuni dua (2) penduduk KRT Blok 29 di Bandar Tasik Puteri, Rawang setelah selesai majlis pelancaran projek ekonomi di KRT Ivory 1.
Penerima merupakan warga emas yang terlantar akibat pendarahan dalam kepala dan seorang lagi warga emas yang menderita kanser dan strok pada masa yang sama.
YB Menteri telah menyampaikan Kotak RT Cares Rahmah serta sejumlah wang bagi meringankan kos perubatan mereka.