Accessibility Toolbar
29.01.2023 - KRT Taman Kerian Parit Buntar, Daerah Kerian, Perak - Klinik Sukan yang dijalankan ini dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti sukan bola sepak. Selain memberi ruang dan peluang kepada semua peserta untuk menceburkan diri, program ini dapat mengembangkan bakat kepimpinan peserta dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat setempat serta menyemai budaya cintakan sukan. Di samping mencari pelapis-pelapis baru dalam pasukan bolasepak ia dapat menambahkan kemahiran asas bermain bola sepak secara berpasukan.
Seramai 72 orang yang terdiri daripada umur 5 hingga 15 tahun menyertai klinik ini. Program dirasmikan oleh Tuan Haji Tajul Hasnan bin Omar, Timbalan Presiden Bola Sepak Kerian. Turut hadir Puan Nor Azizatul Ainah binti Baharudin, Pegawai Perpaduan Daerah Kerian.