Accessibility Toolbar
26.01.2023 - KRT Kg. Baru Batu Dua telah menganjurkan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina bersama SJK(C) Kg. Baharu Batu Dua, Gerik pada 26 Januari 2023 bermula jam 6.00 petang sehingga jam 10.00 malam bertempat di Dewan SJK(C) Kg. Baharu Batu Dua, Gerik.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Rozita binti Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Perak. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Puan Lee selaku Guru Besar SJK(C) Kg. Baru Batu Dua. Turut hadir Encik Abdul Muadz bin Azhari, Penolong Pegawai Perpaduan daerah Hulu Perak, Pengerusi PIBG SJK(C), Pengerusi Alumni sekolah dan pemimpin-pemimpin persatuan dalam komuniti.
Majlis disambut meriah dengan kehadiran komuniti setempat yang terdiri daripada pelbagai kaum, jantina dan peringkat umur. Pelbagai acara telah diadakan iaitu acara persembahan dan nyanyian, Lau Shang, pemberian minum teh daripada warga muda kepada warga emas dan penyampaian barangan keperluan dapur, pemberian angpau, cabutan bertuah, persembahan bunga api dan jamuan makan.
Majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan perpaduan di kalangan masyarakat dan dapat menerapkan nilai-nilai moral yang baik agar terus menjadi tradisi dan amalan sepanjang masa.