Accessibility Toolbar
31.01.2023 - Slogan "Membudayakan Perpaduan dan Meraikan Kepelbagaian" amat sinonim dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama.
Justeru itu KRT Taman Terubong Jaya 1 & KRT Taman Terubong Jaya 2 telah mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina bagi meraikan dan menyambut perayaan ini.
Program ini turut diraikan dengan meriah dan dihadiri daripada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.
Program ini memberikan impak yang positif dalam mengeratkan perpaduan, keharmonian dan toleransi antara kaum.
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua AJK KRT Taman Terubong Jaya 1, KRT Taman Terubong Jaya 2 dan JPNIN DTL dalam menjayakan aktiviti ini.