Accessibility Toolbar
28.01.2023 - Program Jalinan Integrasi Nasional Komuniti: Lawatan KRT Chandan Desa, Kinta, Perak ke KRT Cenderawasih Timur, Kuantan, Pahang. Lawatan ini bertujuan utk berkongsi idea & best practices disamping membentuk ekosistem perpaduan yang utuh dan menjalinkan hubungan kerjasama yang erat. Rombongan telah diraikan dengan aktiviti melawat bengkel penyediaan biskut kelapa, indoor game (golf guli, curi negeri, roda besi, woodball dewan & pertandingan makan biskut terbanyak) dan seterusnya jamuan makan. Majlis telah disempurnakan oleh En Romy Rossziman, Pegawai Perpaduan Daerah Kuantan. Turut hadir ialah Pengerusi JPKK Bukit Setongkol, Pengerusi & AJK KRT Cenderawasih Timur & 4 Penolong Pegawai Perpaduan Daerah.