Accessibility Toolbar
18.01.2023 - Program Majlis Makan Malam Yee Sang & Pemberian Sumbangan Kepada Kaum Cina dalam komuniti KRT Alor Akar. Program diadakan bagi meraikan kepelbagaian kaum dalam komuniti disamping berkongsi rasa, suasana dan mewujudkan semangat kekitaan dalam menyambut Tahun Baru Cina yang bakal kunjung tiba. Program telah disempurnakan oleh En Romy Rossziman, Pegawai Perpaduan Daerah Kuantan yang turut dihadiri Pengerusi JPKK Alor Akar/Semambu, AJK KRT Alor Akar, penduduk kaum Melayu, Cina dan juga India dalam komuniti tersebut. Jutaan terima kasih kepada Kak Rosna Daud, Pengerusi KRT & barisan AJK di atas jemputan dan penganjuran program yang sangat bermakna ini.