Accessibility Toolbar
14.01.2023 - Dewan SK WAN IBRAHIM LIPIS - Bagi memupuk nilai kerjasama dalam diri Kanak-kanak serta memberi pendedahan aktiviti sukan kepada semua kanak-kanak satu usaha dan inisiatif pihak JPNIN Lipis telah menjayakan Program Kecergasan Kanak-Kanak Tabika Perpaduan Daerah Lipis melibatkan hampir 110 orang kanak-kanak dari 13 Kelas Tabika Perpaduan di Daerah Lipis.
Ucapan Terima kasih juga diucapkan kepada 13 orang pelajar dari Institut Perguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak) yg turut terlibat dalam program ini sebagai Juri acara yang dipertandingkan.
Program Berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat baik dalam kalangan murid-murid dan ibubapa yang datang memberikan sokongan kepada anak-anak. Program telah dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Lipis Puan Norslinawati Binti Min.