Accessibility Toolbar
09.01.2023 - Skuad Uniti RT Cares Daerah Kuantan telah menyampaikan Bakul Rahmah - Kasih Sayang kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang terkesan akibat banjir tempoh hari. Antara KRT yang terlibat dengan bencana banjir ialah KRT Teluk Mahang, KRT Perumahan Sri Damai Perdana dan KRT Perumahan Pandan Indah.
Melalui Program Komuniti Rahmah Malaysia Madani ini, Skuad Uniti RT Cares menyediakan pek RT Cares Rahmah dalam bentuk bantuan asas makanan kepada keluarga yang terlibat, terutamanya semasa pelaksanaan pembersihan pasca banjir.