Accessibility Toolbar
11.02.2023 - Rangkuman wajah-wajah ceria anak-anak Tabika Perpaduan Daerah Bentong yang diraikan di Majlis Graduasi Tabika Perpaduan Bentong yang diadakan pada 11 Februari 2023 sabtu yang lepas. Majlis Graduasi yang dilaksanakan bukan sahaja sebagai apresiasi pada kecemerlangan akademik kanak-kanak, tetapi juga merangkumi nilai dan aspek kreativiti dan inovasi kanak-kanak yang turut sama membuat persembahan.
Tabika Perpaduan merupakan platform interaksi kanak-kanak dalam perkembangan jatidiri sebagai warga Malaysia. Selain memupuk ilmu pengetahuan, pendedahan aspek toleransi di kalangan etnik dan bangsa yang berlainan merupakan nilai tambah yang didedahkan pada proses pendidikan awal kanak-kanak. Ini merupakan salah satu kelebihan proses pembelajaran yang dialami anak-anak ini.
Majlis disempurnakan oleh YB Tuan Su Keong Siong ahli dewan undangan negeri kawasan Ketari, turut hadir bersama-sama Puan Amira Abdullah Pengarah Perpaduan Negeri Pahang.