Bunga Telang Kering (Butterfly Blue Pea) adalah produk projek ekonomi KRT Perumahan Awam Seri Perlis II dilaksanakan seawal tahun 2018 di mana sumber Bunga Telang dari Kebun Komuniti KRT Perumahan Awam Seri Perlis II yang di usahakan oleh Jiran Wanita dan Jiran Usia Emas. Ditanam menggunakan benih yang berkualiti dan terbaik, dapat hasilkan kelopak bunga yang baik dan segar untuk dikeringkan dan dihasilkan menjadi produk KRT Perumahan Awam Seri Perlis II.
Bunga Telang yang dikenali dengan warna birunya yang cerah, sering digunakan dalam pelbagai kegunaan seperti minuman herba, pewarna makanan semulajadi, dan dalam perubatan tradisional. Produk ini sesuai untuk mereka yang mencari alternatif semulajadi dalam masakan atau minuman, serta untuk manfaat kesihatan seperti meningkatkan sistem imun dan kecantikan kulit.
Bunga Telang Kering ini dihasilkan dengan cara yang bersih dan selamat, sesuai untuk kegunaan harian.
Kategori Produk:
Makanan
KRT:
Perumahan Awam Seri Perlis II
Lokasi:
Perumahan Awam Seri Perlis II, Kampung Datuk Keramat, 54000 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur 151, W.P Kuala Lumpur