Kebun Komuniti atau Kebun Kejiranan Bandar adalah inisiatif di mana kawasan tanah yang tidak digunakan di kawasan bandar digunakan untuk menanam pelbagai tanaman atau sayur-sayuran oleh komuniti setempat. Konsep ini bertujuan untuk memperbaiki kualiti hidup penduduk bandar dengan menyediakan ruang hijau yang bermanfaat, meningkatkan kesedaran terhadap pertanian bandar, serta menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan mampan.
Diusahakan mulai tahun 2014 oleh Kelompok Komuniti KRT Perumahan Awam Seri Perlis dan komuniti setempat dengan menanam pelbagai sayuran, buah-buahan, ulam-ulaman dan lain-lain yang dapat menjana pendapatan komuniti melalui jualan secara terus mengikut harga pasaran.
Kategori Produk:
Pertanian
KRT:
Perumahan Awam Seri Perlis II
Lokasi:
Perumahan Awam Seri Perlis II, Kampung Datuk Keramat, 54000 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur 151, W.P Kuala Lumpur