Accessibility Toolbar
22 April 2024 - Sempena Hari Bumi 2024, Tuan Yang Terutama (TYT) melancarkan projek tanam sejuta pokok sebagai usaha untuk menentang pemanasan global. Projek ini menyeru orang ramai untuk turut serta menanam pokok sekaligus dapat menghijaukan Pulau Pinang.
Program menanam pokok secara besar-besaran dalam satu hari ini bertujuan menggalakkan rakyat Pulau Pinang menyumbang kepada kehijauan alam sekitar di negeri ini serta melengkap inisiatif kerajaan negeri dalam mencapai sasarannya, dalam melaksanakan matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), selaras dengan SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan).
TYT Tun menyeru agar setiap lapisan masyarakat, sektor kerajaan, badan korporat, dan sukarelawan mengambil bahagian dalam program ini di mana sahaja mereka berada bagi memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok serta menyokong komitmen kerajaan dalam mengekalkan litupan kawasan hijau terutamanya di Pulau Pinang, demi masa hadapan semua.
Menariknya, Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Timur Laut tidak ketinggalan menyertai program penanaman pada Hari Bumi. Program pada hari ini turut dihadiri Yang Berusaha Puan Teh Faridah binti Abdul Jalil, Pegawai Perpaduan Daerah Timur Laut.