Accessibility Toolbar
19.01.2023 - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pulau Pinang dengan jayanya telah melaksanakan Majlis Perhimpunan Awal Tahun Warga JPNIN Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 pada 19 Januari 2023 bertempat di Penang Golf Resort, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.
YBhg. Dato' Hajah Norison binti Ramli, Ketua Pengarah JPNIN berkesudian hadir ke negeri Pulau Pinang bagi menyampaikan amanat dan Perutusan Awal Tahun 2023 kepada warga kerja JPNIN Negeri Pulau Pinang sejumlah 310 orang yang terdiri daripada kakitangan dan pegawai Perpaduan, Guru, Penolong Guru serta Pendidik.
Sebelum itu, Ybrs Tuan Rohai Zahar Bin Nedi, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pulau Pinang mengalukan kedatangan YBhg Dato Ketua Pengarah dalam majlis ini dan berkesempatan menyampaikan taklimat kepada para hadirin mengenai Portal Perpaduan yang kini diguna pakai oleh JPNIN Pulau Pinang.
Dato' Hajah Norison berkata, " Penjawat Awam perlu terus berkhidmat dengan penuh rasa tanggungjawab dan dedikasi serta setia atas ikrar perkhidmatan awam dan harus berbakti tidak mengira apa jua kerajaan yang berganti".
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengurusan JPNIN Pulau Pinang yang telah melaksanakan inisiatif dengan menggunakan Portal Maklumat Perpaduan secara online bagi memastikan data dan maklumat Jabatan sentiasa dikemaskini dan dapat dicapai dimana sahaja berada.
YBhg Dato' turut neluangkan masa melawat Projek Ekonomi Kebun Komuniti KRT Kampung Baharu, Pinang Tunggal sebelum berangkat pulang.